Highways

Wednesday, September 15, 2010

My name was Sabina Spielrein.


Sabina Spielrein telah dilahirkan pada 1885 dalam sebuah keluarga pedagang Yahudi di Rostov, Russia dan mati pada 1942 dibunuh oleh tentera Nazi. Beliau merupakan seorang Psikoanalisis Wanita yang pertama. Di Malaysia sememangnya bidang ini seperti tidak popular dan malang sekali menjadi orang sakit mental di Malaysia...paling baik pun dapat ditempatkan di rumah bahagia, Tg. Rambutan, Perak. Tetapi dinegara seperti Russia mereka begitu memberi perhatian kepada orang-orang yang tidak normal ini, mereka memberi peluang agar pesakit-pesakit dapat  menikmati hidup dan berasur-ansur pulih dari penyakit mental...




Psikoanalisis mempunyai 3 aplikasi:
  1. Kaedah penyiasatan minda dan cara seseorang berfikir
  2. Sebuah set sistematik tentang teori sikap manusia
  3. Keadah rawatan/penyembuhan psikologikal atau kesakitan emosi
Sabina berkahwin dengan Pavel Scheftrel, seorang ahli fizik Yahudi, Russia. Meraka mempunyai dua orang anak perempuan Renate lahir pada 1912 dan Eva pada 1924, kedua-duanya  mati bersama-sama ibu mereka pada 1942. Suaminya mati dalam "Great Terror" (Kekejaman Stalin) pada 1936. Sebagai seorang pelajar perubatan di Zurich, Spielrein ditempatkan di Hospital Mental Burgholzli, dimana Carl Gustav Jung bekerja dan kekal disitu dari 17 Ogos 1904 sehingga 1 Jun 1905. Carl Gustav Jung merupakan seorang doktor bagi pesakit jiwa. Spielrein menaruh hati pada Jung ni, menurut sumber malangnya, Dr. tersebut telah mempunyai isteri dan keluarga....keadaan membuatkan Spielrein seolah sakit jiwa dan memerlukan rawatan dari Dr. Jung. Dalam rawatan sakit jiwa Spielrein beransur-ansur pulih dan menamatkan pengajiannya pada 1911 dengan mempertahankan tesis yang berkisar tentang penyakit schizophrenia (penyakit mental).



Pada tahun 1923, beliau pulang ke Russia bersama Vera Schmidt juga seorang pakar sakit mental menubuhkan sebuah pusat asuhan di Moscow dengan nama "White Nursery" kerana semua perabot dan perkakas dalam pusat tersebut berwarna putih. Institusi tersebut begitu komited untuk mendidik kanak-kanak sebagai seorang yang bebas dan berdikari secepat  yang boleh diawal usia. Tujuannya supaya melatih minda dari awal usia dan mengelakkan minda yang tidak berkembang dan seterusnya membawa kepada tanda-tanda awal ketidakwarasan dan minda yang gagal berfungsi akibat terlalu terkongkong. White Nursery" telah diminta menamatkan operasinya tiga tahun kemudian oleh pihak berkuasa tempatan dibawah dakwaan palsu dan menuduh berlakunya perbuatan seks luar tabii keatas kanak-kanak (walaupun secara faktanya, Stalin sendiri sebenarnya terdaftar untuk anaknya, Vasily dalam asuhan "White Nursery" tetapi menggunakan nama palsu),

Surat Spielrein, Jurnal dan salinan rekod Hospital telah dibongkar dan disebarkan kepada umum, yang
membuktikan kajian beliau mempunyai kesamaan dengan teori Jung & Freud. Kadang - kadang aku sendiri tak berapa faham tentang masalah mental ini, bagaimana dari satu tekanan yang membawa kepada kesediahan, kemudian kemurungan yang melampau.....lalu mengabaikan keadaan dan orang-orang disekeliling...tekanan ini kadang-kadang menyebabkan manusia yang pada awalnya normal...bertukar menjadi tidak waras, dimana fikiran menguasai diri, mereka gagal mengawal minda sendiri dan tingkah laku yang aneh terjadi tanpa kawalan mereka.....kadang-kadang menjerit terlolong, ketawa sendiri, menangis tiba-tiba...mungkin nampak aneh untuk mendekati orang-orang sebegini...tetapi mereka juga ciptaan dan makhluk Allah s.w.t, kenapa Allah ciptakan orang yang gila?? kenapa adanya mental disorder? apa tanggungjawab kita sebagai yang normal? 
Adakah kita betul-betul normal?.....
Orang gila pun tak mengaku mereka gila...
 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails