Rodong-rodong skalian sebagai anok Pahang tak jati koi pun ade citerase sendiri, terutama bile koi balik ke kg. koi kat Temerloh...Gulai Ikan Patin Sg. Pahang Temerloh masak asam tempoyok...kepada yang dok bape paham loghat Temerloh koi ni harap aokme paham2 je lah...ni die Resepi Ulong mak koi...
Bahan-bahan
Bahan utamenyer |
* 10 ketul ikan patin (asli dari sangkor Sg. Pahang, Temerloh, sbb kalo beli merate2 kene tipu je aok
rase ikan sangkor tulen tak berbau tanah, kalo ikan kolam memang tak sedap langsung, jd hati-hati.
Harga pasaran terkini ikan patin kat pasor besor Mentakab RM14/kg, kalo patin muncung lior fresh
fresh dari sungai Pahang RM70/kg.)
* 3 ulas bebawang meroh dan seconik bebawang putih.
* 1 cm kunyit hidup (kunyit serbok tak digalakkan)
* 15 tangkai cili api
* 3 kuntum bebunga kantan (saiz sederhana)
* 10 tangkai dedaun kesum
* 3 keping asam gelugur @asam keping
* 3 kuntum bebunga kantan (saiz sederhana)
* 10 tangkai dedaun kesum
* 3 keping asam gelugur @asam keping
* 1/2 biji mentimun (dipotong segi empat tepat)
* 3 batang serai
* 4 sudu tempoyok ( lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat )
* air secukupnye ( untuk kuah banyak, masukkan air banyak )
* garam secukup rase
* 4 sudu tempoyok ( lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat )
* air secukupnye ( untuk kuah banyak, masukkan air banyak )
* garam secukup rase
* Pak ajinomoto secubit bg lemok skit
* Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan, asam gelugur/asam keping/tepung gandum
selama 30min untuk menghilangkan hanyir. Kalo aok beli patin sangkor ori takde bau hanyir koi jamin)
2. Tumbuk bawang merah, kunyit hidup,dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
3. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk, masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
dan tumis seketika sehingga naik bau wangi.
2. Tumbuk bawang merah, kunyit hidup,dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
3. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk, masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
dan tumis seketika sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan air secukupnya di dalam periuk.
Setibe nyer di step 4 cenggini la hasiknyer |
5. Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
6. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum bukan daun ketum yerk dan mentimun serta
asam keping secukup rase.
6. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum bukan daun ketum yerk dan mentimun serta
asam keping secukup rase.
Setibe nyer di step 6 ginilah hasilnyer |
7. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
8. Masukan tempoyok deroyan 4-5sudu, garam & pak aji sekucup rase dan tunggu ia mendidih
9. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk rodong-rodong dan ahli tetangga keluarga.
Setibe nyer di step 9, perot aokme akan berkeroncong, air liur akan kecur, koi jamin!! |
Dan hasilnyer, jeng3...
Sedia dimakan tapi biasanyer koi semerdan je ratah kepala...huh, mak.... koi nak balik temerloh!! |
Gegambor ehsan I love Pahang & internet
Resepi ehsan mother koi
Tukang makan koi
Sekian dulu...
thanks you all...berjaya mengalahkan post sybil kathigasu just for one day
ReplyDeletewah! sedapnyeee ikan patin masak tempoyak.koi pon gemor.thanks shahril for sharing resipi.hehe..
ReplyDeleteWah....pandai masak ehhh
ReplyDeleteAla kak, tolong2 mak je pn...kt sini mana ada ikan sungai fresh...
ReplyDelete