Hari ini pertama kali aku jadi saksi di Tribunal tuntutan pengguna, bawah pada mahkamah la...
aku pun tak tau kewujudan tribunal ini.
Aku telah membuat satu estimation tentang kerugian seorang hamba allah ni, yang nak renovate rumah
tapi malang kene tipu, orang yang tipu (penentang) tu pulak sebaya aku je...
berdasarkan anggaran aku dan kebenaran Datuk Razak @ my boss, kerugian dianggarkan RM25,000.00.
Sayang duit dah bayar full kerja macan taik!!, aku sendiri yang pergi tengok dan nilai rumah (penuntut) ni...
memang aku pun sendiri tak puas hati.
disebabkan tuntutan dibawah RM50,000.00 xsilap aku, so tribunal ni yang akan handle...
punya la lama menunggu giliran dari pukul 9pg, sampai pukul 11pg baru kes dibicara...
Banyak yang aku tengok kes-kes berkenaan tuntutan service kenderaan & automotif yang mana banyak pengguna tidak puas hati, termasuk 2 (penentang) dari 2 pengeluar kereta nasional negara..malas nak sebut
Nasihat aku kalo nak buat renovation cari kontaktor yang betul2 kontraktor, semak SSM, PKK dan sebagainya. Macam kes aku ni...penentang dia bukan kontraktor tp berdaftar atas nama syarikat penternak cacing...tawar service dalam www.mudah.com...penuntut ni percaya..hmm, malang la...
Nasihat lagi kalo korang ada apa yang tidak puas hati berkaitan kepenggunaan, rasa teraniaya dengan service yang tidak baik, dan sebagainya...boleh diajukan ke tribunal ini.
Result kes aku berjaya, penentang kene bayar just RM18,000.00 kepada penuntu, walaupun aku anggar RM25,000.00, dalam tempoh 30hari, jika tidak penalti mengikut bilangan hari lewat akan dikenakan.
Kalo penentang ni berani dia bleh bayar lawyer dan bawa kes ke mahkamah, tp nak bayar RM18,000.00 pun sangkut nak bayar lawyer lagi la, nak2 memang dia tak boleh menang...rugi abis le.
Peringatan untuk diri sendiri kalo rasa tak boleh buat kerja tu, pulang la duit orang tu balik...
No comments:
Post a Comment