Sybil Kathigasu merupakan seorang tokoh yang sepatutnya diberi penghormatan, tapi malangnya namanya tidak tercatat dalam buku sejarah bacaan pelajar sekolah, kenapa ya? adakan disebabkan pengaruh komunis? sedangankan Chin Peng yang benar-benar Komunis tulen pun dipaparkan gambar dan sejarahnya walaupun digambarkan seorang antagonis....
Selepas menjalani rawatan di UK, wajahnya seakan-akan mempamerkan derita yang dialami |
Setelah aku kaji dan selidik, aku terlintas untuk menulis disini...
Sybil Daly merupakan anak kacukan yang Ireland dan India, beliau dilahirkan di Medan, Sumatera. Beliau terlatih dan pakar dalam bidang kejururawatan dan perbidanan. Beliau dibesarkan di Malaya (kini Malaysia) dikawasan yang dimonopoli oleh kaum cina di negeri Perak, Ipoh jika tak silap saya, beliau sangat fasih berbahasa Kantonis. Beliau berkahwin dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu pada 1919 dan mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki.
Sybil menjalankan perkhidmatan kesihatan di sebuah klinik di Ipoh, Malaya dari tahun 1926 sehingga hari sebelum tentera Jepun tiba pada 26hb Disember 1942. Mereka bersembunyi ni kawasan berhampiran iaitu Papan, dimana disitu beliau menyimpan radio lama/radio gelombang pendek untuk (alat yang diharamkan ketika pemerintahan Jepun) mendengar to BBC broadcasts dan pada masa itu juga beliau memberikan bantuan medikal kepada anggota Rejimen Kebebasan ke 5 Parti Komunis Malaya (Malayan People's Anti-Japanese Army). Suaminya ditahan tentera samurai pada Julai 1043 dan Sybil pula telah ditahan pada bulan berikutnya, kedua-duanya dipenjara dan disiksa dengan kejam.
Lakonan semula |
Lakonan semula |
Lakonan semula |
Mereka dibebaskan pada Ogos 1945 oleh komunis, yang mana kuasa British masih lagi belum pulang ke Malaya. beliau di terbangkan ke United Kingdom pada Sept. 1945 untuk menjalani rawatan akibat siksaan yang teruk dialami beliau. Disitu dia menulis perjalanan sengsara beliau, yang kemudiannya di cetak dibawah tajuak " No Dram of Mercy" pada 1954.
Garapan Beliau, Aku pun tak pernah jumpa buku ni.. |
Beliau di anugerahkan George Medal di istana Bukingham oleh King George VI atas keberanian beliau semasa panjajahan Jepun. Beliau merupakan satu-satunya Rakyat Malaya (kini Malaysia) yang menerima anugerah tersebut. Beliau meninggal di United Kingdom pada 1948 kesan akibat siksaan yang terlampau. Awalnya beliau dimakamkan di Lanark, Scotland, UK...kini telah bersemadi di perkuburan Catholic bersebelahan gereja St. Michael di Ipoh, Perak.
Malangnya...kanapa nama beliau tidak sehebat nama Lt. Adnan? Hebatkan wanita pada ketika itu...zaman sekarang kene panas pun dah mengeluh....
Hope kerajaan bolah kaji semula silibus buku teks sejarah untuk bacaan pelajar sekolah....
you are welcome, saya pun masih mencari info details tentang, sybil. bila di paparkan dalam Apa Dosaku di Astro terlitas saya untuk membuat sedikit kajian dan coretan. Tapi pelik kenapa nama beliau tidak disebut dalam buku sejarah bacaan pelajar sekolah??
ReplyDelete2nd Top topic in my blog...til 24 Sept 2010
ReplyDelete