Sabina Spielrein telah dilahirkan pada 1885 dalam sebuah keluarga pedagang Yahudi di Rostov, Russia dan mati pada 1942 dibunuh oleh tentera Nazi. Beliau merupakan seorang Psikoanalisis Wanita yang pertama. Di Malaysia sememangnya bidang ini seperti tidak popular dan malang sekali menjadi orang sakit mental di Malaysia...paling baik pun dapat ditempatkan di rumah bahagia, Tg. Rambutan, Perak. Tetapi dinegara seperti Russia mereka begitu memberi perhatian kepada orang-orang yang tidak normal ini, mereka memberi peluang agar pesakit-pesakit dapat menikmati hidup dan berasur-ansur pulih dari penyakit mental...
Psikoanalisis mempunyai 3 aplikasi:
Kaedah penyiasatan minda dan cara seseorang berfikir
Sebuah set sistematik tentang teori sikap manusia
Keadah rawatan/penyembuhan psikologikal atau kesakitan emosi
Sabina berkahwin dengan Pavel Scheftrel, seorang ahli fizik Yahudi, Russia. Meraka mempunyai dua orang anak perempuan Renate lahir pada 1912 dan Eva pada 1924, kedua-duanya mati bersama-sama ibu mereka pada 1942. Suaminya mati dalam "Great Terror" (Kekejaman Stalin) pada 1936. Sebagai seorang pelajar perubatan di Zurich, Spielrein ditempatkan di Hospital Mental Burgholzli, dimana Carl Gustav Jung bekerja dan kekal disitu dari 17 Ogos 1904 sehingga 1 Jun 1905. Carl Gustav Jung merupakan seorang doktor bagi pesakit jiwa. Spielrein menaruh hati pada Jung ni, menurut sumber malangnya, Dr. tersebut telah mempunyai isteri dan keluarga....keadaan membuatkan Spielrein seolah sakit jiwa dan memerlukan rawatan dari Dr. Jung. Dalam rawatan sakit jiwa Spielrein beransur-ansur pulih dan menamatkan pengajiannya pada 1911 dengan mempertahankan tesis yang berkisar tentang penyakit schizophrenia (penyakit mental).
Pada tahun 1923, beliau pulang ke Russia bersama Vera Schmidt juga seorang pakar sakit mental menubuhkan sebuah pusat asuhan di Moscow dengan nama "White Nursery" kerana semua perabot dan perkakas dalam pusat tersebut berwarna putih. Institusi tersebut begitu komited untuk mendidik kanak-kanak sebagai seorang yang bebas dan berdikari secepat yang boleh diawal usia. Tujuannya supaya melatih minda dari awal usia dan mengelakkan minda yang tidak berkembang dan seterusnya membawa kepada tanda-tanda awal ketidakwarasan dan minda yang gagal berfungsi akibat terlalu terkongkong. White Nursery" telah diminta menamatkan operasinya tiga tahun kemudian oleh pihak berkuasa tempatan dibawah dakwaan palsu dan menuduh berlakunya perbuatan seks luar tabii keatas kanak-kanak (walaupun secara faktanya, Stalin sendiri sebenarnya terdaftar untuk anaknya, Vasily dalam asuhan "White Nursery" tetapi menggunakan nama palsu),
Surat Spielrein, Jurnal dan salinan rekod Hospital telah dibongkar dan disebarkan kepada umum, yang
membuktikan kajian beliau mempunyai kesamaan dengan teori Jung & Freud. Kadang - kadang aku sendiri tak berapa faham tentang masalah mental ini, bagaimana dari satu tekanan yang membawa kepada kesediahan, kemudian kemurungan yang melampau.....lalu mengabaikan keadaan dan orang-orang disekeliling...tekanan ini kadang-kadang menyebabkan manusia yang pada awalnya normal...bertukar menjadi tidak waras, dimana fikiran menguasai diri, mereka gagal mengawal minda sendiri dan tingkah laku yang aneh terjadi tanpa kawalan mereka.....kadang-kadang menjerit terlolong, ketawa sendiri, menangis tiba-tiba...mungkin nampak aneh untuk mendekati orang-orang sebegini...tetapi mereka juga ciptaan dan makhluk Allah s.w.t, kenapa Allah ciptakan orang yang gila?? kenapa adanya mental disorder?apa tanggungjawab kita sebagai yang normal?
Sybil Kathigasu merupakan seorang tokoh yang sepatutnya diberi penghormatan, tapi malangnya namanya tidak tercatat dalam buku sejarah bacaan pelajar sekolah, kenapa ya? adakan disebabkan pengaruh komunis? sedangankan Chin Peng yang benar-benar Komunis tulen pun dipaparkan gambar dan sejarahnya walaupun digambarkan seorang antagonis....
Selepas menjalani rawatan di UK, wajahnya seakan-akan mempamerkan derita yang dialami
Setelah aku kaji dan selidik, aku terlintas untuk menulis disini...
Sybil Daly merupakan anak kacukan yang Ireland dan India, beliau dilahirkan di Medan, Sumatera. Beliau terlatih dan pakar dalam bidang kejururawatan dan perbidanan. Beliau dibesarkan di Malaya (kini Malaysia) dikawasan yang dimonopoli oleh kaum cina di negeri Perak, Ipoh jika tak silap saya, beliau sangat fasih berbahasa Kantonis. Beliau berkahwin dengan Dr. Abdon Clement Kathigasu pada 1919 dan mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki.
Sybil menjalankan perkhidmatan kesihatan di sebuah klinik di Ipoh, Malaya dari tahun 1926 sehingga hari sebelum tentera Jepun tiba pada 26hb Disember 1942. Mereka bersembunyi ni kawasan berhampiran iaitu Papan, dimana disitu beliau menyimpan radio lama/radio gelombang pendek untuk (alat yang diharamkan ketika pemerintahan Jepun) mendengar to BBC broadcasts dan pada masa itu juga beliau memberikan bantuan medikal kepada anggota Rejimen Kebebasan ke 5 Parti Komunis Malaya (Malayan People's Anti-Japanese Army). Suaminya ditahan tentera samurai pada Julai 1043 dan Sybil pula telah ditahan pada bulan berikutnya, kedua-duanya dipenjara dan disiksa dengan kejam.
Lakonan semula
Lakonan semula
Lakonan semula
Mereka dibebaskan pada Ogos 1945 oleh komunis, yang mana kuasa British masih lagi belum pulang ke Malaya. beliau di terbangkan ke United Kingdom pada Sept. 1945 untuk menjalani rawatan akibat siksaan yang teruk dialami beliau. Disitu dia menulis perjalanan sengsara beliau, yang kemudiannya di cetak dibawah tajuak" No Dram of Mercy" pada 1954.
Garapan Beliau, Aku pun tak pernah jumpa buku ni..
Beliau di anugerahkan George Medal di istana Bukingham oleh King George VI atas keberanian beliau semasa panjajahan Jepun. Beliau merupakan satu-satunya Rakyat Malaya (kini Malaysia) yang menerima anugerah tersebut. Beliau meninggal di United Kingdom pada 1948 kesan akibat siksaan yang terlampau. Awalnya beliau dimakamkan di Lanark, Scotland, UK...kini telah bersemadi di perkuburan Catholic bersebelahan gereja St. Michael di Ipoh, Perak.
Malangnya...kanapa nama beliau tidak sehebat nama Lt. Adnan? Hebatkan wanita pada ketika itu...zaman sekarang kene panas pun dah mengeluh....
Hope kerajaan bolah kaji semula silibus buku teks sejarah untuk bacaan pelajar sekolah....
Dalam menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53, terlintas disini untuk berkongsi maklumat tentang suatu sejarah penting dalam usaha memerdekakan tanah air kita. Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong merupakan kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Di katakakan 25 orang anggota bertempur dengan 200 orang penghianat Negara.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
Mereka yang terselamat
Anggota Polis
Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal)
Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang terbunuh dalam pertempuran
Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal 7168 Jidin Omar
Konstabel 9136 Hassan Osman
Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
Konstabel 8600 Jaafar Hassan
Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
Konstabel Marin 68 Awang Ali
Konstabel Marin 181 Basiron Adam
Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng
Semoga nama-nama mereka dikenang walaupun pemain-pemain yang menempuh tragedi tersebut telah tiada…Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat, Tidak dapat saya gambarkan bagaimana kentalnya semangat mereka yang hanya 25 anggota bertempur dengan 200 komunis yang lengkap bersenjata. Senjata yang ada pada ketika kebanyakkannya manual-reload, saya dapat rasakan betapa pedihnya jari-jari mereka ketika itu…
Al-Fatihah juga buat nenda saya L/Kpl Mahat Bin Abdul Kadir yang sepanjang hayatnya berkhidmat dalam pasukan polis 1922-1994.
Sekitar tahun 1944, penduduk Tanah Melayu terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. Empat sahabat - Ahmad, Osman, Puteh dan Harun berkhidmat sebagai Polis Jepun, dan mereka turut tersepit di tengah-tengah pergolakan yang berlaku. Ini termasuklah percintaan Ahmad dengan Siew Lan dan percintaan Puteh dengan Fatimah. Siew Lan selama ini telah diperalatkan oleh keluarganya sendiri bagi mendapatkan maklumat sulit tentera Jepun melalui Ahmad. Fatimah pula mendapat penentangan daripada bapanya yang tidak bersetuju dengan orang Melayu sebagai Polis Jepun. Sementara itu, Osman yang bertugas sebagai perisik Jepun telah memasuki pasukan komunis untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya yang berbangsa Cina. Segala pergolakan ini menimbulkan suasana huru-hara. Ada yang ingin merdeka dan ada yang ingin terus dijajah. Bapa Fatimah pula, atas semangat untuk mempertahankan negara tercinta, turut memasuki pasukan komunis semata-mata untuk menentang penjajah. Ini diikuti oleh Ahmad yang akhirnya bertemu semula Siew Lan apabila menyertai pasukan komunis.
Aku tertarik dengan keayuan Janet Khoo sebenarnya...tapi memang kadang sedih juga tonton cerita ni, 3 kali aku tonton baru faham epilog ceritanya. Memang memerlukan IQ yang tinggi untuk menonton filem seperti ini.
Bila kita mengucapkan ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…”. sejauh mana atau sedalam mana makna pada bait kata yang diucapkan?.
Adakah maknanya “cinta”?
Untungnya aku bila cuba mendokumentasikan Rosli Dhoby, aku ketemu satu elemen ‘cinta’ yang boleh dikatakan tuntas. Inilah yang menzahirkan makna ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…” secukupnya.
Rosli Dhoby yang kita ketahui meninggal dunia pada umur 17 tahun. Dialah pejuang paling muda di Sarawak. Namun, dia juga manusia biasa. Dia juga jatuh cinta.
Cintanya berbalas. Wanita itu diberi nama Ani bt Ali. Cinta mereka diranumkan dengan surat dan jelingan. Namun, ia cukup bermakna.
Apabila Rosli Dhoby ditangkap dan dihukum gantung sampai mati, Ani Ali masih terlalu muda waktu itu. Namun hatinya hanya pada Rosli.
Itu yang dia pilih. Itu yang dia cinta. Hanya seorang, tiada lain.
Buktinya….
sehingga kini, Ani bt Ali masih belum berkahwin… Adakah itu tandanya ‘cinta’?
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!” Pada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.