Highways

Showing posts with label Fact. Show all posts
Showing posts with label Fact. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Aku ke Mahkamah?



Hari  ini  pertama kali aku jadi saksi di Tribunal tuntutan pengguna, bawah pada mahkamah la...
aku pun tak tau kewujudan tribunal ini.

Aku telah membuat satu estimation tentang kerugian seorang hamba allah ni, yang nak renovate rumah 
tapi malang kene tipu, orang yang tipu (penentang) tu pulak sebaya aku je...
berdasarkan anggaran aku dan kebenaran Datuk Razak @ my boss, kerugian dianggarkan RM25,000.00.
Sayang duit dah bayar full kerja macan taik!!, aku sendiri yang pergi tengok dan nilai rumah (penuntut) ni...
memang aku pun sendiri tak puas hati.

disebabkan tuntutan dibawah RM50,000.00 xsilap aku, so tribunal ni yang akan handle...
punya la lama menunggu giliran dari pukul 9pg, sampai pukul 11pg baru kes dibicara...
 Banyak yang aku tengok kes-kes berkenaan tuntutan service kenderaan & automotif yang mana banyak pengguna tidak puas hati, termasuk 2 (penentang) dari 2 pengeluar kereta nasional negara..malas nak sebut

Nasihat aku kalo nak buat renovation cari kontaktor yang betul2 kontraktor, semak SSM, PKK dan sebagainya. Macam kes aku ni...penentang dia bukan kontraktor tp berdaftar atas nama syarikat penternak cacing...tawar service dalam www.mudah.com...penuntut ni percaya..hmm, malang la...

 Nasihat lagi kalo korang ada apa yang tidak puas hati berkaitan kepenggunaan, rasa teraniaya dengan service yang tidak baik, dan sebagainya...boleh diajukan ke tribunal ini.

Result kes aku berjaya, penentang kene bayar just RM18,000.00 kepada penuntu, walaupun aku anggar RM25,000.00, dalam tempoh 30hari, jika tidak penalti mengikut bilangan hari lewat akan dikenakan.
Kalo penentang ni berani dia bleh bayar lawyer dan  bawa kes ke mahkamah, tp nak bayar RM18,000.00 pun sangkut nak bayar lawyer lagi la, nak2 memang dia tak boleh menang...rugi abis le. 

Peringatan untuk diri sendiri kalo rasa tak boleh buat kerja tu, pulang la duit orang tu balik...


Monday, September 20, 2010

Duit hantaran tak cukup-cukup....huh!!

Malaysians  are  getting married at older age. Why?
Bila nak cukup dut hantaran ni??

 Say  you are a fresh graduate at that age of 23, a male, starting a career
 with a salary, say RM2000 per  month.

 Monthly, extracting your expenditures on foods, transportation (public
 or motorcycle), electricity, water, phone, house rent and other
 expenses, say you can save about RM800 the most.

Then, because you are a good son, you send some money to your parents or relatives about
 RM300 per month. This will give you a balance of RM500  of  saving.  For  the first year, maybe you are  very discipline with
 your budget, so you save about RM5000.

 The  next year at the age of 24, you meet a girl of your dream. Both of you
 plan  to  get  married after one year or two. Ok, that's fine, it gives you
 time  to  save  some  more  money  and  some more time to prepare the basic
 necessities  for a 'happy' family? a car and a roof to live under. That year
 because you are a hard worker, you get a raise of 10%.

 Since you are also a gentleman,  you  make  sure  some  money is put aside to spend on dates and
 gifts for your girl, so 10% goes for her. Like the previous year, after
 much sweat and Meggie-eating months, you save another RM5000. You are paid 2 months bonus. So, another RM4000 is
 added to your saving. So, your total saving now is RM14,000.

You decide to spend about RM8000 on a brand-new RM40,000 car down payment. So, you
 net saving that year is RM6000.

 The next year at the age of 25, you are doing fine at work. But because
 now you have to pay for car every month, your total monthly saving is
 cut down to about RM400. You save roughly about RM5000 that year. No
 bonus that year because your company is doing poor. So, your total
 saving in the bank is RM11,000.

 Then, you decide to get engaged with
 your girlfriend. She said OK. So, need to buy an engagement ring.
 RM1500 is spent on ring plus 'hantaran pertunangan'. So, your net
 saving that year is RM9,500.

 The next year at the age of 26, you get promoted. Your
 salary now is 1.5 of your  starting salary at the company.  Good news! You think. "Ok, this year
 I will get married". You also are 'gersang' already.  :)

 So, you ask your fiancĂ©e "how much is the dowry  (hantaran)? "
 She say, "berapa-berapa yang u sanggup".
 You ask,"RM5000 ok?".
 She replies, "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I
 ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!".

 Your eyes  'terjegil', air liur  'meleleh' and you faint on the spot.
 "Where else in the world can I get extra money?", you say to yourself.
 But, because you are very determined to get married with your dream
 girl and in the name of love, you work really really hard that year
 until you are awarded "The Best Employee of The Year". You get 3 months
 of bonus. You also do some side business to supply ayam pencen. So,
 roughly your net saving at the end of that year is RM20,000.

 Ok, now you are 27 years old with enough saving in the bank to pay for
 the dowry. But then, come your mom saying,"Anak mak nak kawin ni mesti
 la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke
 artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje
 la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik
 dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"

 You  did  a  quick  in-the-head-calculation,
 "1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi,  khemah  lagi,  buta-buta  je  RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
 You say,"Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
 Your  mom replies,"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup.
 `Biarlah buat betul-betul." You insist,"Tapi mak?"
 Your mom says, "Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran
  kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi
  datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?".
  Anyway, you finally get married. But, a beautiful happy life after
  marriage that you dream of with your wife does not last long. You have
  debts around your waist, interest gets higher every month, cannot
  afford to pay them, you wife gets tired of you asking money from her,
  she accuses you of being irresponsible husband for not being a good
  provider, blah blah blah? At the
  end, you two go into separate ways? You get divorced.
  Problem  breeds  problem?  Sometimes  we wonder why marriage institution is failing  in  our  country.
  The above example may not represent the whole phenomena in our culture,
  but perhaps it gives us some ideas of the problems young couple these
  days are facing in getting married from my perspective.
  The Root Cause of The Problem...
  There is something wrong in our culture. I really think there are some
  practices in our culture in Malaysia (Malay culture specifically) that
  do not make sense and especially they are contrary to the teaching of
  Islam. These practices are well-rooted in our culture that
  unfortunately because of them, many people are 'afraid' to get married,
  or simply feel like they cannot afford when they are actually can
  afford. These are some of my observation and summary analysis:

 (1) Marriage should be done in the most modest way but in Malaysia, it
 is ought to be done in the most lavish way. Competition on whose
 wedding is the most grandeur is almost unavoidable. Fame is usually the
 reason why people spend unreasonable and wasteful amount of money for a
 wedding.

 (2) The "price" of a woman is measured according to her perhaps
 educational status not according to her knowledge and understanding of
 Deen and piety as suggested by the religion. The saddest thing is that
 "price" is put on women, who are supposed to be, if God-loving,
 kind-hearted and pious ones, "priceless"! 'Dowry' system is adopted by
 the Malays from perhaps the Indians who came to Malaysia long time ago.
 When the 'dowry' is put too high and men can't afford to pay, marriage
 is usually delayed or cancelled. An effort to build another small brick
 unit of this Deen is delayed or perhaps destroyed only for this reason.

 (3) Marriage should be a quick and easy process for the couple not hard,
 which eventually becomes a burden. These days, we make marriage so
 complicated that people are afraid of getting married. When I was in
 the Sydney, I saw Muslim brothers and sisters getting married at the
 mosque, with just some sweets as the main course for the guests. The
 guests who were invited to witness the ceremony were usually whoever
 prayed jemaah at the mosque  or  some  close  relatives  and friends. There
 is no point of being extravagance.  We  should  focus  on the life after wedding not the wedding
 itself. Wedding is only a door to the marriage house. Why should we
 spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the
 inside of the house is then left empty, dark and unattractive?

 ...and the pressure is on men...

By - Murshidi Bin Marzuki

Wednesday, September 15, 2010

My name was Sabina Spielrein.


Sabina Spielrein telah dilahirkan pada 1885 dalam sebuah keluarga pedagang Yahudi di Rostov, Russia dan mati pada 1942 dibunuh oleh tentera Nazi. Beliau merupakan seorang Psikoanalisis Wanita yang pertama. Di Malaysia sememangnya bidang ini seperti tidak popular dan malang sekali menjadi orang sakit mental di Malaysia...paling baik pun dapat ditempatkan di rumah bahagia, Tg. Rambutan, Perak. Tetapi dinegara seperti Russia mereka begitu memberi perhatian kepada orang-orang yang tidak normal ini, mereka memberi peluang agar pesakit-pesakit dapat  menikmati hidup dan berasur-ansur pulih dari penyakit mental...




Psikoanalisis mempunyai 3 aplikasi:
  1. Kaedah penyiasatan minda dan cara seseorang berfikir
  2. Sebuah set sistematik tentang teori sikap manusia
  3. Keadah rawatan/penyembuhan psikologikal atau kesakitan emosi
Sabina berkahwin dengan Pavel Scheftrel, seorang ahli fizik Yahudi, Russia. Meraka mempunyai dua orang anak perempuan Renate lahir pada 1912 dan Eva pada 1924, kedua-duanya  mati bersama-sama ibu mereka pada 1942. Suaminya mati dalam "Great Terror" (Kekejaman Stalin) pada 1936. Sebagai seorang pelajar perubatan di Zurich, Spielrein ditempatkan di Hospital Mental Burgholzli, dimana Carl Gustav Jung bekerja dan kekal disitu dari 17 Ogos 1904 sehingga 1 Jun 1905. Carl Gustav Jung merupakan seorang doktor bagi pesakit jiwa. Spielrein menaruh hati pada Jung ni, menurut sumber malangnya, Dr. tersebut telah mempunyai isteri dan keluarga....keadaan membuatkan Spielrein seolah sakit jiwa dan memerlukan rawatan dari Dr. Jung. Dalam rawatan sakit jiwa Spielrein beransur-ansur pulih dan menamatkan pengajiannya pada 1911 dengan mempertahankan tesis yang berkisar tentang penyakit schizophrenia (penyakit mental).



Pada tahun 1923, beliau pulang ke Russia bersama Vera Schmidt juga seorang pakar sakit mental menubuhkan sebuah pusat asuhan di Moscow dengan nama "White Nursery" kerana semua perabot dan perkakas dalam pusat tersebut berwarna putih. Institusi tersebut begitu komited untuk mendidik kanak-kanak sebagai seorang yang bebas dan berdikari secepat  yang boleh diawal usia. Tujuannya supaya melatih minda dari awal usia dan mengelakkan minda yang tidak berkembang dan seterusnya membawa kepada tanda-tanda awal ketidakwarasan dan minda yang gagal berfungsi akibat terlalu terkongkong. White Nursery" telah diminta menamatkan operasinya tiga tahun kemudian oleh pihak berkuasa tempatan dibawah dakwaan palsu dan menuduh berlakunya perbuatan seks luar tabii keatas kanak-kanak (walaupun secara faktanya, Stalin sendiri sebenarnya terdaftar untuk anaknya, Vasily dalam asuhan "White Nursery" tetapi menggunakan nama palsu),

Surat Spielrein, Jurnal dan salinan rekod Hospital telah dibongkar dan disebarkan kepada umum, yang
membuktikan kajian beliau mempunyai kesamaan dengan teori Jung & Freud. Kadang - kadang aku sendiri tak berapa faham tentang masalah mental ini, bagaimana dari satu tekanan yang membawa kepada kesediahan, kemudian kemurungan yang melampau.....lalu mengabaikan keadaan dan orang-orang disekeliling...tekanan ini kadang-kadang menyebabkan manusia yang pada awalnya normal...bertukar menjadi tidak waras, dimana fikiran menguasai diri, mereka gagal mengawal minda sendiri dan tingkah laku yang aneh terjadi tanpa kawalan mereka.....kadang-kadang menjerit terlolong, ketawa sendiri, menangis tiba-tiba...mungkin nampak aneh untuk mendekati orang-orang sebegini...tetapi mereka juga ciptaan dan makhluk Allah s.w.t, kenapa Allah ciptakan orang yang gila?? kenapa adanya mental disorder? apa tanggungjawab kita sebagai yang normal? 
Adakah kita betul-betul normal?.....
Orang gila pun tak mengaku mereka gila...
 



Sunday, September 5, 2010

Tentukan Jantina PC/Notebook Anda


Bagaimana kita hendak mengenali jantina komputer...

1. Buka "notepad" dan tulis, CreateObject("SAPI.SpVoice").S
peak"Hai Sayang"

2. Kemudian save as "Hai Sayang.vbs" 
3. Selepas itu tutup file & amp; double click file tersebut....
dengar bunyi "Hai Sayang"....
tentukan jantina computer anda melalui bunyi suara itu..selamat mencuba...dah dapat? sila komen disini.terima kasih

Sunday, March 8, 2009

Mengapa Orang Yahudi Bijak? - Dr. Stephen Carr Leon



































Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

" ...sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami... "

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails