Highways

Tuesday, February 17, 2009

Cabaran Dalam Cinta


Sudah setahun berlalu, malam Tamunita kini kembali. Setahun sudah perkenalan aku dengan Sabrinna, walaupun usia perkenalan kami diusia 1 tahun sudah banyak kenangan pahit manis yang telah kami kongsi bersama. Suka duka bersama. Kadang – kadang aku termenung sendirian dan terfikir mengapa?, mengapa perlunya cinta, mengapa perlunya kasih-sayang?, mengapa perlunya keikhlasan dan kesetiaan?, mengapa perlunya tolak ansur dalam perhubungan.


Adakah pernikahan itu satu cara untuk menjawab semua pertanyaan. Jika perkahwinan dan pernikahan adalah matlamat dalam perhubungan, mengapa masih ada perpisahan dan perbalahan yang memberi kesan seumur hidup kepada keluarga dan anak-anak. “Hidup sihat dengan cinta sepanjang hayat” mungkin slogan ini begitu penting bagi pasangan-pasangan yang mencari bahagia dalam perhubungan


Tidak dinafikan sebagai seorang lelaki kekuatan ekonomi amat penting bagi menjamin kestabilan perhubungan, kekasih dan isteri perlukan senggaraan bagi mengekalkan tahap kebahagian dan kecantikan mereka. Memang diakui setiap perhubungan memerlukan modal sebagai pelaburan, jika kita melabur kepada perhubungan yang benar-benar ikhlas Insyaallah keuntungannya akan terbit.


Jika perlaburan itu berasaskan hawa nafsu sahaja sukar untuk hubungan itu bertahan hingga ke saat nafas terakhir seorang teman hidup. ‘Jodoh di tangan Tuhan’ adalah kata-kata yang biasa kita dengar, tetapi adakah ini bermaksud kita tidak perlu berusaha mencari teman yang benar-benar menyintai diri ini. Adakah kita perlu menunggu kekasih itu tiba, dan menyesal dikemudian hari jika si jelita yang kita idamkan bukan milik kita sedangkan kita sendiri tidak berusaha menawan hatinya.


Mengapa perlu setia?, cemburu merupakan kesan daripada ketidaksetiaan pasangan. Apa perlu kita lakuakan jika kekasih kita tidak bersemangat dengan cinta yang telah kita bina, tetapi begitu ghairah dan bersemangat bila berkata tentang kenalan lain, sebagai seorang lelaki sememangnya kita mahukan seorang gadis yang pandai bergaul, pandai menjaga maruah kita sebagai temannya dan yang semestinya berasa bangga dengan hubungan cinta yang dibina. Mengapa perlu berahsia dan bersembunyi, adakah muslihat lain disebalik rahsia.


Tidak semua lelaki di dunia ini mempunyai hati yang keras dan senang bertukar-tukar pasangan, rata-rata semuanya mahu mencari bahagia untuk keluarga dimasa depan. Tetapi mengapa gologan-golonngan sebegini selalu dikhianati, sedangkan buaya-buaya diluar sana masih ganas merogol mangsa. Seorang lelaki yang baik insyaallah temannya juga baik, dan begitulah sebaliknya. Jika kita pernah mengkhianati kekasih kita, tidak mustahil suatu hari nanti suami atau isteri kita akan berbuat yang sama kepada kita. Biarlah kita bertahan dan bersabar, jangan sesekali perpisahan itu terjadi atas permintaan kita. Sayangilah teman anda kerana ia hanya akan datang sekali dalam hidup anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails