Highways

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H, 
Bagi aku ini kali yang ke 23 aku menyambul 1 Syawal...
Syukur aku masih bernyawa dan hidup selesa tatkala menyambut lebaran...
Disepanjang Ramadhan yang berlalu...
memang agak sengsara urusan kerja yang tidak pernah selesai,
sehingga kadang terleka untuk beramal ibadah dibulan mulia ini,
aku cuba sedaya upaya upaya untuk mendekatkan diri pada-Nya
mudah-mudahan aku didorong oleh-Nya ke jalan yang benar

Disini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap,
(skrip pagi raya keluarga aku)

"Along minta maaf, minta ampun, 
minta halal, zahir batin,
dunia akhirat,
kerna Allah, karna Rasul, 
Along minta maaf ya"

Kepada Blogerrs, yang mana follow aku, 
terima kasih diucapkan,
Kawan-kawan FB dan kepada yang mengenali aku,
maafkan aku jika pernah terkasar bahasa,
tersalah kata, terguris hati,
aku cuma insan biasa,

Semoga lebaran kali ini lebih bermakna, Insyaallah...

Tuesday, September 7, 2010

Second Lovely Eva In My Blogs...

Dalam cakaran yang lalu aku dah explain pada you all tentang ketokohan Maria Eva Duarte de Peron, 
First Lady Argentina, walaupun skuad Bola Sepak Argentina kalah teruk (0-4)
dengan Germany dalam World Cup 2010, aku tetap sokong negara latin ni...huhh

Mungkin you all hairan kenapa aku suke sangat cerita-cerita lapuk & dah berkulat nih, 
aku sebenarnya sangat cintakan sejarah & tokoh2 yang pada fikiran aku...HEBAT!!
dan aku SALUTE!! pada diorang.

Ok for the first impression I bagi you all jamu mata dulu....

Nama sebenar tokoh kali ini EVA BRAUN....nama penuh EVA ANNA PAULA BRAUN...
kalau I cakap Hitler, Nazi tentu you all dah dapat gambaran tentang apa yang I akan ceritakan,
but If I'm said " EVA BRAUN"...anyone can imagine?
Kalau you all fan History Channel maybe you all dpt teka...

Ringkasnya Eva Braun ni merupakan tulang belakang dan supporter Hitler and also his LOVER...
you kene ingat jangan guna perkataan LOVER sebarang2..
Love = cinta, Lover = cinta dan pernah membuat hubungan seks
so careful when use the words said my lecturer...

Sori seksi sikit, tp memang taste aku pn yg seksi2 nih...haha(gelak jahat)
charming ma...
younger Eva
matured
lovely couple
love without married
Berpengaruh...

Ok nanti aku akan cerita secara ringkas sejarah hidup Eva ni, memng cun pun..patut Hitler suke,
tapi betul la di sebalik seorang lelaki yang berjaya ada wanita dibelakangnya...

Apa yang aku SALUTE pada beliau the because the TRUE LOVE...
she COMMIT SUICIDE a.k.a bunuh diri...
telan pil sianida...

Ok nnt I story..Walahh...Adios..



Unpredictable Meeting....

Today aku baru je, balik dari sebuah mesyuarat yang memang besar jugak lah, 
sampai dan aku dengan my boss Datuk Sr. Hj Abd Razak Rahamat 
kene pakai neck-tie both of us..hehe
kelakar...dia tgok aku pakai tie,  
Rill nak kene pakai tie ke?
Aku jawab le : Ye, Datuk kita nak mengadap Ketua Pengarah JKR Malaysia ni Datuk...
Aku punyer la nervous dari malam tadi xpuas tido dok fikir apa la aku nak bentang besok...
Nak mohon RM3 juta untuk projek aku, 
asalnyer nak kene tender projek Interior Design ni
tapi arkitek lak lambat submit approval drawing, 
Dah pulak tu JKR dicide nak bagi VO (term construction ) pada main contractor
(Variation Order   whether addition cost or omission cost)
kalo kerja tambahan omission aku xkisah sebab tak perlukan kelulusan, 
maklumlah kalau omission ni client dah untung sebab kita cut cost, 
jadi masalah bila addition cost,
Aku la plak jadi orang tengah nak prepare doc. untuk pohon peruntukan,
Sesampai je kat JKR HQ Kuala Lumpur, gua da cuak da...
walaupun dan banyak kali masuk meeting, 
tapi kali ni memang lain rasa nya.
Asal schedule meeting about 11.00 o'clock in the morning...
Ade 4 project termasuk projek aq, 
yang lain-lain from other country,
Jam 11.20am YB Datuk KP masuk bilik meeting utk chair meeting,
dia lewat maybe urusan koprat,
seorang-seorang timbalan masuk, semua title Dato' & Datuk
Gua cikai je...hehe,

1st Project dah masuk dalam, 
Gua tunggu luar sebab schedule Gua second list,
ada la dalam 15 min, 
baru 1st project punya orang keluar dari  bilik meeting,
dengan senyuman yang menandakan permohonan mereka lulus,
Aku da berderau, tak pe...sabar, selawat banyak2 dalam hati.
Sebab da confirm lepas ni aku masuk,
5 min lepas tu,
Tetiba je aku nampak YB Datuk KP keluar,
Aisey...aku cakap, jangan la dia pospone plak meeting ni,
aku dah malas turun naik KL, 
dah dekat setahun aku stanby proposal ni,
Dengan selamba dia cakap:
Ok, Everybody the all the VO are approved, thanks you all
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.
Gua yang tadi pucat & kecut perut (1st experiance mengadap Datuk KP)
Terus segar, merah dan panas,
Terus je aku capai tangan Datuk Manaf, Tim. Pengarah JKR, salam dengan dia,
Terima Kasih Datuk....
Lepas tu aku salam pulak Datuk Amir Hamzah, sempoi...sekampung la katakan
Dia hantar aku ngan boss sampai kat pintu keluar lagi...

Sampai je Driver, aku berlalu pergi, SYUKUR....dapat RM3juta,
walaupun bukan untuk aku..

ni la project aku...kt Tjg. Kling, Melaka...
dah siap nanti upload profile dia ok, 
in construction everythings secret...
Hotel yang bakal siap...






Sunday, September 5, 2010

Tentukan Jantina PC/Notebook Anda


Bagaimana kita hendak mengenali jantina komputer...

1. Buka "notepad" dan tulis, CreateObject("SAPI.SpVoice").S
peak"Hai Sayang"

2. Kemudian save as "Hai Sayang.vbs" 
3. Selepas itu tutup file & amp; double click file tersebut....
dengar bunyi "Hai Sayang"....
tentukan jantina computer anda melalui bunyi suara itu..selamat mencuba...dah dapat? sila komen disini.terima kasih

Panduan Memilih Air Tebu Asli

Pada kebiasaannya di Bulan Ramadhan ramai yang memilih air tebu asli sebagai minuman untuk berbuka puasa. Dipercayai air tebu dapat memberikan tenaga segera berbanding minuman manis yang lain. Ini adalah kerana air tebu merupakan manisan semulajadi sama seperti manisan pada buah-buahan.

Gambar 1: Perahan air tebu dari bahagian pucuk (A) lebih gelap berbanding bahagian pangkal (B

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan maka semakin ramai pula peniaga Bazaar Ramadhan yang melibatkan diri dalam perusahaan air tebu asli. Kebanyakan daripada mereka membawa mesin pemerah ke bazaar untuk menarik perhatian pelanggan, walaupun sebenarnya, kebersihannya agak terjejas berbanding dengan air tebu yang diperah di tempat tertutup di bengkel perusahaan. Maklum, di kawasan terbuka berbagai benda asing boleh mencemar kebersihan dan kualiti air tebu.
Berikut beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk memilih air tebu asli.
  • Jika hendak membeli dari peniaga yang membawa mesin dan memerah tebu di pasar, adalah penting untuk kita pastikan bahawa tempat menyimpan tebu yang hendak diperah itu bersih. 
  • Batang tebu yang telah dipotong mudah menyerap cecair dari tempat penyimpanannya. Sebagai contoh, jika tebu ditegakkan di atas lantai yang basah, maka ia akan menyerap air dari lantai tersebut bersama apa jua yang larut dalam air berkenaan.
  • Bagi tebu yang telah dikupas dan diletakkan dalam bekas yang tidak kalis air (umpanya dalam kampit gula), maka air tebu akan membasahkan kampit tersebut, meresap keluar lalu melarutkan debu dan kotoran. Larutan debu dan kotoran itu pula meresap ke kampit dan seterusnya ke dalam batang tebu. Apabila batang tebu berkenaan diperah, maka larutan debu dan kotoran lain turut bersama dalam air tebu.
Warna air tebu asli bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:
  1. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar 1 di atas, pada amnya perahan dari pangkal batang tebu adalah lebih cerah berbanding dengan perahan dari pucuknya.
  2. Perahan dari batang tebu yang dikupas bersih lebih cerah berbanding dengan perahan dari batang tebu yang masih terdapat kulit luar (gambar 2).
  3. Jenis tebu yang berlainan juga menghasilkan air tebu yang berbeza warna (gambar 3).
  4. Pada amnya, air tebu yang cerah lebih manis berbanding yang gelap.
Gambar 2: Perahan dari batang tebu yang dikupas bersih lebih cerah
Gambar 3: Jenis tebu yang berlainan menghasilkan warna air tebu yang berbeza



Friday, September 3, 2010

First Lady of Argentina


Hari ini aku ingin bercerita tentang seorang tokoh wanita yang aku hormati Maria Eva Duerte de Peron  atau lebih dikenal dengan nama Evita, Evita lahir di Los Toldos, kota kecil di daerah Buenos Aires, Argentina, pada 7 Mei 1919  dan meninggal di Buenos Aires, Argentina, 26 Julai 1952 pada umur 33 tahun) Evita merupakan adalah isteri kedua Presiden Argentina Juan Domingo Perón (1895–1974) dan  Evita merupakan ‘First Lady Argentina’ sejak 1946 hingga kematiaannya pada 1952. Beliau juga dikenali dengan nama Eva Peron atau dalam lohgat Argentina Evita atau Litle Eva dalam bahasa Inggeris.

Semasa beliau kanak-kanak

Dilahirkan secara luar nikah dikawasan pedalaman Argenetina pada 1919, sumber menyatakan nama sebenar Eva adalah Eva Maria. Eva memelalui zaman kanak-kanaknya di Junin. Ibu bapa beliau Juan Duarte dan Juan Ibarguen tidak berkahwin secara sah, Dimana ibu Eva adalah isteri kedua bapanya, poligami memangnya diharamkan di Argentina pada ketika itu.  Semasa berusia setahun bapa Eva kembali kepada isteri pertamnya dan meninggalkan Eva serta lima orang adik-beradiknya dalam kemiskinan. Pada 1926 bapanya mati dalam kemalangan kereta di Chivilcoy. Ibu membava Eva dan adik-adiknya untuk memberi penghormatan terakhir kepada bapa mereka, malangnya kerana status kemiskinan dan anak luar nikah beliau dihalang dari menyertai upacara pengebumian padanya. Beliau menangis dan kecewa masyarakat berbuat sedemikan. Bagaimana jika kita ditempat beliau, kanak-kanak yang baru mengenal dunia tetapi dicemuh dan dihina. Apalah salah mereka? sedangkan ibu bapa yang bersalah. Jika di Malaysia sudah tentu anak tersebut akan dibuang dari kecil lagi... Ketika Pada usia 15 tahun Eva membuat keputusan untuk ke ibu negara Argentina, Buenos Aires dimana dia memulakan kariernya sebagai penghibur dipentas, penyampai radio dan pelakon filem.
Menjadi penghibur untuk menyara keluarga


Eva bertemu Colonel Juan Peron pada 1944 di majlis amal di San Juan, Argentina. Kedua-duanya berkahwin pada 1945. Eva mula menceburkan diri dalam politik pada 1946 selepas suaminya memenangi pilihan raya pertama sebagai Presiden Argentina. Enam tahun selepas itu Eva menjadi berkuasa dikalangan Pro-Peronist trade union iaitu parti politik suaminya. Beliau menubuhkan Eva Peron Foundation dan merupakan wanita pertama secara mutlaknya melibatkan diri dalam parti politik. Eva sangat disayangi oleh rakyat Argentina kerana dana yang dikumpulnya membantu golongan miskin dan buruh yang mana tertindas sebelum ini. Eva sendiri akan duduk bersemukan dengan rakyatnya dan kanak-kanak untuk mendengar masalah dan memberi bantuan makanan, kewangan dan pendidikan serta ubatan.
Tugu peringatan beliau

Eva tidak sanggup melihat rakyatnya miskin sengsara dalam kehidupan sedangkan bangsawan-bangsawan yang kaya raya terus menganiaya golongan miskin. Beliau tidak mahu kehidupan silamnya yang dicemuh, dihina dan kekurangan makanan dan didikan dialami oleh rakyatnya. Terdapat juga parti politik pembangkang yang mengada-adakan cerita bahawa Eva merupakan seorang pelacur ketika remaja kerana untuk menampung kehidupan. Apapun Eva tidak menghiraukan tomahan itu, dia giat berusaha untuk memulihkan ekonomi Argentina di samping mengukuhkan pengaruh politik suaminya.

Berkempen untuk suaminya
Hari ini kita dapat lihat Argentina merupakan salah sebuah negara yang membangun hasil usaha Eva, apa yang saya tertarik disini, sikap keterbukaan Eva dan semangat mengubah taraf hidup dari miskin kepada orang yang disanjung. Meskipun begitu beliau tidak lupa diri, beliau sedar bahawa kekayaan yang ada tidak kekal, dan orang yang kaya dan berharta perlu mambantu orang yang miskin dan daif agar kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikongsi bersama.
Dari seorang yang miskin kepada pemimpin negara
Kempen pilihan raya


Saya begitu tertarik dengan cara beliau mendekati rakyat, cintanya pada rakyat sangat membanggakan. Begitu juga cintanya pada suami. Bayangkan ketika menderita penyakit barah servik beliau sanggup lagi berkempen untuk pilihan raya suaminya, walaupun diatas kerusi roda. Dia terpaksa dipapah suaminya ketika memberi ucapan terakhir bagi pilihan raya penggal tersebut. Pada ketika itu keadaan yang gamat kerana dihadiri hampir seluruh warganegara Argentina tergamam dan membisu, mendengar ucapan 'First Lady' mereka. Saya juga pernah melihat foto beliau yang terlantar di wad hospital sambil membuang undi untuk suaminya...Contoh yang sangat baik, seorang isteri perlu menyokong suami dan membantu suami walaupun ajal menanti dihadapan. "Satu undi amat bermakna katanya"

Semasa  kematiaannya seluruh rakyat berkabung....Akan Bersambung


 

Tuesday, August 31, 2010

Bukit Kepong Incident



Dalam menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53, terlintas disini untuk berkongsi maklumat tentang suatu sejarah penting dalam usaha memerdekakan tanah air kita. Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong merupakan kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Di katakakan 25 orang anggota bertempur dengan 200 orang penghianat Negara.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
Mereka yang terselamat
Anggota Polis
  1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
  1. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
  1. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal)
  1. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
  1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
  10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang terbunuh dalam pertempuran
Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  1. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  1. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
  1. Konstabel 9136 Hassan Osman
  1. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
  1. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
  1. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
  1. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
  2. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
  3. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
  1. Konstabel Marin 68 Awang Ali
  2. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
  3. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
  4. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad Yatim
  3. AP Mahmood Saat
  4. AP 1925 Ali Akop
  5. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng
Semoga nama-nama mereka dikenang walaupun pemain-pemain yang menempuh tragedi tersebut telah tiada…Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat, Tidak dapat saya gambarkan bagaimana kentalnya semangat mereka yang hanya 25 anggota bertempur dengan 200 komunis yang lengkap bersenjata. Senjata yang ada pada ketika kebanyakkannya manual-reload, saya dapat rasakan betapa pedihnya jari-jari mereka ketika itu…
Al-Fatihah juga buat nenda saya L/Kpl Mahat Bin Abdul Kadir yang sepanjang hayatnya berkhidmat dalam pasukan polis 1922-1994.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails