Highways

Tuesday, January 19, 2010

Kenangan di USM...& Ali Setan


Aku dan Ali macam sama tapi tak serupa...
Filem Ali Setan yang mula ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985 merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin, yang menggabungkan pelakon lelaki yang baru iaitu Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud. Ia mengisahkan kenakalan seorang pelajar universiti bernama Ali. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain dan kerap menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.

Kadang-kadang bila aku tonton cerita ini, sayu je hati aku rasa, mana tidaknya, watak Ali ada persamaan dengan kisah aku, Aku menuntut di PBP (Perumahan, Bangunan & Perancangan), sekarang HPB (Housing, Building & Planning) sama macam Ali, Ali PALAPES,Aku pun PALAPES, tempat Ali berasmara pun tempat aku juga, Aku mula kenal cinta pun di tahun 3 pengajian sama macam Ali, tempat Ali dan Asmidar jog pun tempat Aku jog dengan ma'am aku...sikap Asmidar yang keras hati pun sama macam ma'am aku...

Mungkin aku rindu agaknya, pada mentari yang terbit di atas bukit HBP...suasana yang damai, kemesraan rakan-rakan, semangat untuk belajar...kini aku sepi


Wednesday, January 13, 2010

Pejuang Negara....

Cinta Rosli Dhoby

Bila kita mengucapkan ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…”. sejauh mana atau sedalam mana makna pada bait kata yang diucapkan?.
Adakah maknanya “cinta”?
Untungnya aku bila cuba mendokumentasikan Rosli Dhoby, aku ketemu satu elemen ‘cinta’ yang boleh dikatakan tuntas. Inilah yang menzahirkan makna ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…” secukupnya.
Rosli Dhoby yang kita ketahui meninggal dunia pada umur 17 tahun. Dialah pejuang paling muda di Sarawak. Namun, dia juga manusia biasa. Dia juga jatuh cinta.
Cintanya berbalas. Wanita itu diberi nama Ani bt Ali. Cinta mereka diranumkan dengan surat dan jelingan. Namun, ia cukup bermakna.
Apabila Rosli Dhoby ditangkap dan dihukum gantung sampai mati, Ani Ali masih terlalu muda waktu itu. Namun hatinya hanya pada Rosli.
Itu yang dia pilih. Itu yang dia cinta. Hanya seorang, tiada lain.
Buktinya….
IMG_3163
sehingga kini, Ani bt Ali masih belum berkahwin… Adakah itu tandanya ‘cinta’?

Tuesday, January 12, 2010

WARKAH TERAKHIR ROSLI DHOBY.....


Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”
Pada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Alfatihah buat arwah Rosli..

Monday, January 11, 2010

Bakat Terpendam...samb.


Ni pun salah satu karya aku...

Bakat Terpendam


Mengenang kisah lama...cover majalah ni aku design masa tahun dua di USM, dan mula-mula aku kenal ma'am aku. Masa tu 30hb Jan 2008, first time aku mesej minah ni. Plan asal nak bawa Irma sepupu aku pegi dinner PALAPES Laut USM, tapi tak jadi plak...itu yang membuatkan aku tak tau nak bawa siapa. Puas juga aku nak dapatkan no phone Sabrinna ni, minta ngan senior dia, sume xnak bagi...lastly dapat juga. Sudah hampir 3 tahun kami bersama...

Sunday, January 10, 2010

Career


inilah hasil usaha aku selama 7 bulan, aku sudah ada 'business card' sendiri, apa yang penting sekarang tingkatkan usaha. Siapa-siapa ada projek dan perlukan nasihat perunding boleh hubungi saya. Kawan-kawan ada diskaun.


Sambungan...Dah masuk setahun lebih aku bekerja dengan konsultan...huh, pahit manis semua ada...


Record aku...

Post Terkini Aku...



Aku pohon pada tuhan, kuatkan semangat aku untuk terus maju dan berusaha...permudahkanlah urusan kerja ku...Amin Ya Allah....

Mula aktif...

salam semua...
sudah lama diriku mendiamkan diri, sejak bertugas 7 bulan lalu di Melaka hidupku
sungguh sibuk sehingga banyak pekara yang telah aku abaikan, pengalaman 7 bulan dalam industri
pembinaan buat aku cukup kuat untuk maju kehadapan. Mula minggu ini aku sudah aktif semula seperti zaman-zaman aku di USM.

Aku sudah mula ke kolam renang dan gymnasium, aku sudah pun melapor di unitku KD Sri Pinang, mungkin sebulan sekali aku ke sana untuk menjalani latihan dan bersua dengan yang tersayang...Teruskan usaha!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails